Pierre Omidyar di Luar Pejabat

Salam Keusahawanan!

Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenali pengasas eBay, Pierre Omidyar dengan lebih lanjut lagi.

Fakta

Menurut majalah Forbes, sehingga bulan Mac 2011, Omidyar adalah orang ke 154 terkaya di dunia. Beliau ketiga terkaya di Iran.

Kerja Amal

Pada tahun 1998, Pierre dan isterinya, Pam mengasaskan Omidyar Foundation untuk menyokong pertubuhan amal. Pada masa sama, Omidyar meluaskan skop perniagaannya dengan membentuk Omidyar Network untuk pelaburan 'profit-company' dan juga organisasi NGO. Omidyar Network membolehkan individu berhubing dengan individu lain, dan mencari peluang memperbaiki kehidupan sekeliling.

Omidyar Network


Selain itu, Pierre dan Pam memberi 100 juta USD ke Tufts University melalui program 'Omidyar - Tufts Microfinance Fund'. Dana ini untuk menyokong industri bermodal kecil dan membantu program-program yang dianjur pihak universiti.

Mereka juga meluangkan masa, wang dan tenaga untuk menyokong HopeLab, Humanity united dan Ulupono Initiative di Amerika. Selain itu, mereka turut membantu komuniti di tempat tinggal mereka dengan menderma 50 juta USD ke Hawaii Community Foundation.

Kerjaya Lain

Pierre turut menubuhkan Honolulu Civil Beat, akhbar tempatan secara atas talian yang meyokong aktiviti sivik melalui media. Beliau menjadi pengasas, CEO dan pengedar bagi akhbar tersebut.

Pada tahun 2010, Pierre menyertai Bill Gates (Microsoft) dan pelabur Warren Buffet dalam senarai 40 jutawan lain untuk berjanji menderma sekurang-kurangnya separuh dari kekayaan mereka ke pertubuhan amal. Malah, Pierred an Pam nekad untuk memberi 99% dari kekayaan mereka selama 20 tahun kaan datang.
top