Bidaan Amal Anjuran eBay

Salam Keusahawanan!

Dengan menggunakan MissionFish sebagai pengantara, eBay membenarkan penjual menderma sebahagian hasil jualan ke pertubuhan amal mengikut pilihan masing-masing. Program ini dinamakan eBay Giving Works (Amerika) dan eBay for Charity (di UK). Pada 4 Mac 2010 sahaja, 154 juta USD telah dikumpul untuk didermakan.

Antara bidaan amal yang telah berjaya dianjurkan eBay ialah : 


Ronald McDonald House



Pengeluar perabot telah mengumpul $35 000 untuk Ronald McDonald House dengan menjual katil yang telah ditanda tangani oleh selebriti. 

Barang yang dibida pada harga paling tinggi dipegang rekod oleh 'Power Lunch' bersama Warren Buffet di restoran steak popular di New York iaitu Smith & Wollensky. Bidaan tersebut berharga 2.63 juta USD dan hasilnya didermakan kepada Glide Faoundation. Pemennag tidak diumumkan namun beliau boleh membawa 7 orang kawan lain bersama. 

Sebelum itu, bidaan amal tertinggi pernah direkod untuk sekeping surat yang diposkan kepada Mark P. Mays, CEO syarikat Clear Channel yang ditulis oleh Senator Harry Reid dan 40 senator demokrat lain tentang aduan mengenai sebuah rncangn televisyen.  Bidaan tertnggi dimenangi pada harga $ 2, 100 100 dan diderma kepada Marine Corps-Law Enforcement Foundation. 


Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa pengurudan eBay bukan sahaja memikirkan keuntungan semata-mata namum masih menitikbertakan soal kebajikan orangyang memerlukan. 




top