eBay merupakan empayar perniagaan yang hebat di dunia internet. eBay berorientasikan perniagaan e-dagang, yang menjalankan operasi penjualaan produk secara bidaan kepada pengunjung laman webnya.
logo syarikat eBay |
Diasaskan oleh usahawan internet Pierre Omidyar, eBay telah mengalami evolusi perniagaan yang menarik dari sejak awal ia ditubuhkan hingga ke hari ini. Anda mungkin telah mengenali Pierre Omidyar dan syarikat-syarikat yang pernah beliau terajui melalui artikel sebelum ini, namun artikel kali ini memaparkan cerita yang lain pula.
Di sini, anda akan dipaparkan cerita bagaimana eBay mula bertapak dan berkembang.
Pada tahun 1996, setelah syarikat milik Omidyar eShop dijual kepada Microsoft, Pierre Omidyar mendapati beliau lebih tertarik kepada peniagaan berasaskan e-dagang yang penuh dengan cabaran. Malah, beliau amat kagum dengan isu teknikal dalam menghasilkan platfom jualan bidaan secara langsung antara individu terhadap koleksi barangan mereka sendiri.
Omidyar kemudian mengambil keputusan untuk mencipta prototype pada laman web peribadi beliau sendiri.Prototype itu dinamakan Auction Web dan dicipta pada cuti Hari Buruh, tahun 1995. Barang pertama yang dijual di laman web tersebut ialah mesin penunjuk laser yang telah rosak. Walaupun pelik, barang tersebut tetap telah terjual kepada seorang pembeli.
Bermula dari situ, eBay terus berkembang dengan penjualan pelbagai jenis produk meliputi pelbagai negara sehingga ke hari ini.
Chris Agarpao - Pekerja pertama di eBay
Jeffrey Skoll - Presiden pertama eBay (1996)
November 1996 - bergabung dengan Electronic Travel Auction untuk menggunakan 'SmartMarket Technology' untuk menjual tiket penerbangan dan peralatan kembara.
1997 - setahun selepas ditubuhkan, eBay telah berjaya menjadi 'host' bagi 2 juta bidaan produk.
September 1997 - menukar nama asal iaitu AuctionWeb ke nama eBay secara rasmi. Pada awalnya Pierre Omidyar ingin memilih nama echobay.com tetapi memandangkan nama tersebut telah diambil, beliau memendekkan nama itu kepada eBay. Pada tahun sama, eBay menerima dana dari Benchmark Capital sebanyak 6.7 juta USD.
1998 - eBay mempunyai 30 pekerja, 500000 pengguna dan revenue sebanyak 4.7 juta USD di Amerika. eBay menjual saham kepada orang ramai dan Omidyar serta Skol terus menjadi jutawan segera.
2002 - eBay membeli IBazar, syarikat seperi eBay yang berpangkalan di Eropah. eBay turut membeli PayPal pada bulan Oktober, tahun yang sama.
2008 - Whiteman meletak jawatan. Beliau diganti oleh John Donahoe sebagai Presiden dan CEO.
2009 - Melengkapkan penjualan Skype kepada Microsoft namun masih memegang saham sebanyak 30%.
2010 - disaman oleh XPRT Ventures atas kesalahan mencuri maklumat peribadi pengguna. Pada tahun sama, eBay turut membeli brands4friends.de, untuk mengukuhkan penguasaan pasaran di eropah.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa eBay telah mengubah budaya Amerika dan mengubah aktiviti membeli belah secara atas talian di dunia ini. Penjual di eBay boleh meletakkan harga minimum pada produk mereka dan para pembeli boleh terus membida harga untuk barang tersebut. Rangkaian inovatif sistem maklumbalas di eBay.com membolehkan setiap penjual dan pembeli memberi markah antara satu sama lain bagi meningkatkan kepercayaan pembeli dan seterusnya meminimumkan kes penipuan. Sehingga ke saat ini, 97 juta pengguna aktif berdaftar dengan laman web eBay.com .

Skype |